6 Oct 2012

Abstrax Studio

fuh fuh fuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
sorry, nak tiup habuk sikit bapak lamanya tak update benda jadah ni.

hello there, sam is back. selama satu semester duduk sini belajar sebagai seorang pelajar universiti akhirnya kembali menulis blog -.- *padahal sebab bosan taktau nak buat apa

okay so interior architecture sangat seronok. memang minat aku dari dulu pun so belajar laa susah macam mana pun, sebab minat aku still boleh bawak.

Diploma in Interior Architecture ni tempoh pengajian dia 3 tahun. Bersamaan 6 semester. So, dia punya flow macam ni :-

First sem - Belajar design rumah
Second sem - Belajar design office
Third sem - Banyak sikit kerja. Design set, restoran, retail store
Fourth sem - Tak sure secara detail tapi yang pasti ada kena design hotel
Fifth sem - Praktikal
Final sem - Final project. Conclude semua yang dah belajar.

Lepas tu graduate. Sambung degree. Grad degree. Kerja. Kahwin.

So, ini laa dia hidup sebagai student first sem kena belajar basics lepas tu design rumah pulak memang sangat busy. Usha balik gambar aku dulu dengan sekarang, wahhh dah ada eyebags haha. Tahniah.

At this moment, tengah ada finals. Dah nak masuk sem 2 dah aku ni. Dan disebabkan untuk first sem ni aku punya projek semua buruk so pointer nanti mesti rendah aje. Takleh jadi ah, next sem kena ada maincon atau nama panjangnya main contractor yakni senior untuk tolong aku capai pointer yang lebih tinggi. In return, aku pun kena tolong dia settle kerja dia yang berlambak tu.

Dan.....belum pun masuk sem 2 aku teramatlah maju aku dah dapat dah maincon haha. Well, there is gonna be a special post for her. Nanti laa tulis. Fuck ah nak tulis sekarang banyak gila kerja ni nak buat.

Thats all. Babai.

15 May 2012

Sambung Belajar.

Dah cukup laa tidur sampai ke tengah hari, makan tak ingat, dan pelbagai lagi benda membuang masa dengan perkara tidak berfaedah sepanjang cuti 6 bulan sejak habis SPM *kecuali kerja laa. berfaedah kot. 2 bulan pulak tu*

2 haribulan Jun ni aku dah nak sambung belajar. Aku decide untuk go dengan Diploma Interior Architecture dekat UiTM Seri Iskandar, Perak. Hmmpphh Perak lagi. Dulu STAR, Ipoh sekarang Seri Iskandar alahai memang rezeki aku kat Perak je agaknya. Family, member semua kutuk aku "haha tak adventure laa kau asyik Perak je." Banyak member aku dapat kat Shah Alam dengan Puncak Alam. Aku kat sini sorang kot -.- maksud aku, dalam konteks member STAR laa. Taktau laa member SBP lain kot ada ke join aku. 

Uuu penat aku pergi interview dia dekat kampus induk, UiTM Shah Alam haritu tak sangka dapat bhai. Syukur, alhamdulillah. Ada member aku lagi laa, tak dapat UPU. Kesian gila, tengah tunggu rayuan.

Terpaksa tolak matriks sebab aku tau aku memang tak mampu nak belajar dalam keadaan jadual yang packed dan takut kalau tak score nanti kena tendang or dapat course lelong tu uuu cuaknya cuaknya. Tengok result SPM pun dah boleh tau.

Tension dengan diploma ni sebab dia lama lepas tu tak dapat elaun. Kesian kot parents aku nak bayar macam-macam so aku target aku nak belajar leklok biar dapat pointer tinggi untuk first year then nanti boleh apply scholarship. Yela, nak apply scholarship pakai result SPM dah semua tak lepas. Pakai pointer first year jela nampaknya :( 

Apa-apa pun. Ni laa final decision. Dah takde nak ubah-ubah dah.


.

Woahhh.

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan… Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…


Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.


Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.


Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah…


Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.


Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.


Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja


Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.


Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.


Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.


Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.


Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.


sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.


Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi…kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek…


Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.


Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.


Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.


Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu… Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.


Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.


copy paste dari teman tersayang itik yang turut di-copy paste dari apa tah, UGOP?




.